JATA NEGARA
NAMA:NUR AISYAH ZAHRAA BINTI HAZAHA
NO. PENDAFTARAN:(04DPT24F1022)
TAJUK : JATA NEGARA
LINK TIKTOK : https://vt.tiktok.com/ZSMK4Dg8R/
MPU 21072- PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN
JATA NEGARA
PENGHARGAAN
Bersyukur saya ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan limpah kurnianNya saya dapat menyelesaikan tugasan projek dengan penuh yakin dan jayanya. Pertama sekali, saya ingin memberi ucapan ini kepada pensyarah yang telah bertungkus lumus berkongsi ilmu kepada saya iaitu pensyarah Penghayatan Etika Dan Peradaban yang dikasihi Ustazah Engku Razinawaty Binti Engku Chik tunjuk ajar daripadanya telah mencipta inisiatif baru bagi saya menyelesaikan tugasan ini.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibubapa saya di mana mereka telah menjadi pemangkin semangat kepada saya untuk menyiapkan tugasan projek ini. Mereka antara orang yang sentiasa berada di belakang saya bagi memberi sokongan moral dan kemudahan untuk saya menyiapkan ini.
Bukan itu sahaja, saya juga ingin mengucapkan penghargaan kepada rakan-rakan saya khususnya ahli kumpulan kami kerana banyak memberi pendapat dan berkongsi serba sedikit idea-idea menarik sepanjang proses menyiapkan tugasan ini berjalan. Ahli kumpulan kami memberi semangat kerjasama yang amat positif bagi membantu rakan-rakan sekumpulan yang tidak dapat mengeluarkan idea mereka.
Akhir kata, saya juga ingin berterima kasih kepada mereka yang terlibat samada secara langsung atau secara tidak langsung dalam mencipta satu blog yang menarik
LINK ARTICLES:
SEJARAH WUJUDNYA JATA NEGARA
Jata Negara Malaysia mempunyai sejarah panjang yang berkait rapat dengan pembentukan dan perkembangan negara. Sebelum kemerdekaan, setiap negeri di Tanah Melayu mempunyai jata atau lambang tersendiri yang mencerminkan identiti, warisan, dan kedaulatan negeri masing-masing. Apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada tahun 1948 untuk menggantikan Malayan Union, sebuah jata baru diperkenalkan sebagai lambang rasmi negara. Jata ini mengandungi unsur-unsur yang melambangkan kesatuan negeri-negeri di Semenanjung, termasuk lima bilah keris yang mewakili negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang), serta bulan dan bintang sebagai lambang agama Islam.
Selepas Malaysia dibentuk pada 16 September 1963, jata negara mengalami perubahan bagi mencerminkan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan. Elemen-elemen baru ditambah dalam perisai jata, termasuk lambang yang mewakili Sabah dan Sarawak serta simbol Pulau Pinang dan Melaka yang mempunyai sejarah penting dalam perkembangan negara. Dengan perubahan ini, Jata Negara Malaysia yang digunakan hari ini menjadi lebih inklusif dan mewakili seluruh wilayah dalam negara kita ini.Antara perubahan yang berlaku ialah empat jalur warna merah,hitam,putih,dan kuning dalam perisai melambangkan negeri-negeri Melayu asli yang berada di tanah melayu ini.Bunga Raya (Hibiscus) sebagai bunga kebangsaan Malaysia ditambahkan sebagai simbol persatuan bangsa di tanah air dan bersatu ini.Tambahan elemen untuk Sabah dan Serawak muncul pada perisai untuk menandakan penyatuan wilayah tersebut dengan negara Malaysia.Akhir sekali Setelah Singapura keluar dari malaysia pada 1965,lambang tersebut tetap dipertahankan dengan eleman sabah dan sarawak.
Selepas 16 September 1963 hinggalah kini jata negara yang kita lihat sebelum ini telah menalami bayak perubahan tetapi kini lambang tersebut digunakan sebagai lambang rasmi negara malasyia hingga kini dan tidak mengalami apa-apa perubahan lagi selepas tahun tersebut.Jata negara Malaysia yang kita kenal sekarang telah mengalami beberapa penyempurnaan kecil,tetapi unsur dasarnya mempertahankan desain asli dari tahun 1963 hingga kini masih tidak ada satu perubahan pada jata negara Malaysia.
LINK ARTICLES:
https://www.orangperak.com/kronologi-dan-sejarah-jata-negara-malaysia.html
https://ecentral.my/jata-negara-malaysia/
Kewujudan dan Evolusi Jata Negara
Kewujudan Jata Negara bertujuan untuk memberikan Malaysia satu identiti rasmi sebagai sebuah negara berdaulat. Simbol ini digunakan secara meluas dalam dokumen rasmi kerajaan, wang kertas, duit syiling, bangunan kerajaan, dan pelbagai acara rasmi negara. Selain itu, Jata Negara juga berperanan sebagai lambang perpaduan rakyat yang berbilang kaum, agama, dan budaya di Malaysia. Evolusi jata ini menunjukkan perkembangan negara dari zaman penjajahan ke arah sebuah negara yang bebas dan berdikari.
Dalam sejarahnya, terdapat juga insiden penyalahgunaan atau penghinaan terhadap Jata Negara, sama ada secara tidak sengaja atau disengajakan, yang menimbulkan kontroversi dan perdebatan dalam kalangan rakyat. Oleh sebab itu, undang-undang Malaysia mengawal penggunaan Jata Negara bagi memastikan ia tidak digunakan secara sembarangan atau dalam konteks yang tidak menghormatinya.
LINK ARTICLES:
https://numiscat.blogspot.com/2019/09/jata-negara-malaysia-dan-evolusinya.html
Setiap elemen dalam Jata Negara Malaysia mempunyai makna yang mendalam dan melambangkan prinsip serta nilai yang menjadi tunjang negara. Perisai dalam jata negara terbahagi kepada beberapa bahagian yang mewakili negeri-negeri dalam Malaysia, dengan warna merah, putih, hitam, dan kuning yang merupakan warna tradisional negeri-negeri Melayu. Simbol bulan dan bintang dalam perisai melambangkan Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia, manakala dua ekor harimau sebagai penyokong jata melambangkan keberanian, kekuatan, dan ketahanan rakyat Malaysia dalam menghadapi cabaran.
Di bahagian bawah jata, terdapat cogan kata "Bersekutu Bertambah Mutu", yang menekankan kepentingan perpaduan dalam mencapai kejayaan dan kemajuan negara. Slogan ini menegaskan bahawa rakyat Malaysia perlu bersatu padu untuk membina sebuah negara yang makmur dan dihormati di peringkat antarabangsa. Keseluruhan reka bentuk Jata Negara Malaysia bukan sekadar simbol grafik, tetapi mencerminkan semangat patriotisme, sejarah perjuangan, dan aspirasi negara untuk terus maju sebagai sebuah bangsa yang bersatu.
Kewujudan awal Jata negara pada ere negeri-negeri melayu sebelum 1948 sebelum tumbuhnya perseketuan tanah melayu,negeri-negeri melayu seperti Johor,Perak,Pahang dan negeri sembilan telah mempunyai lambang rasmi masing-masing.lambang ini melambangkan identiti kesultanan dan status politik negeri masing-masing pada era tersebut dengan kepelbagian kaum.Setelah persekutuan tanah melayu 1948 ditubuhkan pada 1 Februari 1948,keperluan untuk memiliki satu lambang negara rasmi timbul pada pembeasar waktu itu,tujuannya adalah untuk mencerminkan kesatuan dan identiti bagi negeri-negeri dalam persekutuan tanah melayu tersebut.Seterusnya Sayembara reka bentuk pada 1949,satu sayembara diadakan untuk mencipta lambang negara persekutuan tanah melayu,reka bentuk yang dipilih adalah hasil ciptaan Mohamed Hamzah,seorang arkitek dari Johor
Reka Bentuk Asal (1950):
Perisai – Melambangkan 11 negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu.
Harimau – Melambangkan kekuatan dan keberanian.
Bulan Sabit dan Bintang – Melambangkan Islam sebagai agama rasmi.
Pita bertulis "Unity is Strength" – Melambangkan perpaduan sebagai asas kekuatan negara.
Evolusi selepas Kmerdekaan 1957 pada 31 Ogos 1957 persekutuan tanah melayu mencapai kemerdekaan daripada british.negara asal digunakan sebagai lambang rasmi negara merdeka dengan sedikit penyesuaian antaranya ialah tulisan pada pita diubah kepada"Bersekutu Bertambah Mutu"dalam bahasa melayu dan warna serta reka bentuk dikekalkan sebagai simbol keteguhan dan tradisi.Sterusnya Evolusi selepas pembentukan Malaysia 1963 pada 16 September 1963,persekutuan Tanah melayu bergabung dengan Sabah,Sarawak dan Singapura untuk membentuk malaysia.Jata negara kemudian diubah untuk mencerminkan kehadiran negeri-negeri baharu seperti Penambahan simbol sabah dan sarawak pada perisai,Pita dengan tulisan "Bersekutu Bertambah Mutu" dikekalkan,Harimau kekal sebagai penjaga lambang untuk menunjukkan kekuatan negara.Selpas singpura keluar dari malaysia pada tahun 1965,simbol singapura dikeluarkan jata negara.Seterusnya Penyesuaian dan Penambahbaikan selepas 1965 selepas pemisahan singapura,jata negara dikemas kini untuk meninggalkan simbol singapura,menyesuaikan kedudukan simbol negei untuk mencerminkan negri-negri yang kekal dalam malaysia dan dapat juga mengekalkan unsur tradisional seperti harimau,bulan sabit, dan bintng sebagai simbol kekuatan dan perpaduan.Akhir sekali Reka bentuk Semasa (sejk tahun 1965 hingga kini reka bentuk jata negara yang digunakan sekrang adalah hasil daripada penyesuaian dan penambahbaikan -asca tahun 1965.
Kesimpulannya, Jata Negara Malaysia bukan sekadar lambang rasmi, tetapi merupakan satu manifestasi identiti dan jati diri negara. Ia melambangkan perpaduan, kekuatan, dan kedaulatan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk memahami, menghormati, dan menghayati makna di sebalik Jata Negara sebagai simbol penting dalam pembangunan negara.
Ringkasan Evolusi Jata Negara Malaysia
| Tahun | Peristiwa Penting | Perubahan dalam Jata Negara |
|---|---|---|
| 1948 | Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu | Reka bentuk awal oleh Mohamed Hamzah |
| 1950 | Digunakan secara rasmi | Unsur negeri-negeri dalam Persekutuan |
| 1957 | Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu | Penyesuaian moto dalam Bahasa Melayu |
| 1963 | Penubuhan Malaysia | Penambahan simbol Sabah dan Sarawak |
| 1965 | Pemisahan Singapura | Simbol Singapura dibuang, reka bentuk dikekalkan |
| Kini | Versi Semasa | Menjaga unsur asal dengan simbol perpaduan moden |
Kenali Simbol Pada Jata Negara
| Elemen | Makna |
|---|
| Dua Harimau Penjaga | Kekuatan dan keberanian rakyat Malaysia. |
| Perisai | Melambangkan negeri-negeri dalam Persekutuan. |
| Bulan Sabit | Melambangkan agama Islam sebagai agama resmi. |
| Bintang | Melambangkan kesatuan dan kedaulatan. |
| Bunga Raya | Melambangkan perpaduan dan keindahan. |
| Warna Perisai | Warna tradisional negeri-negeri Melayu. |
LINK ARTICLES:

.jpeg)









Comments
Post a Comment